Japan Day 3 (Tateyama Kurobe Alpine Route)

 

Hi... Assalamualaikum... ok rasa-rasanya bila tengok gambar ni, tahu tak kat mana? El rasa kat Jepun ada satu je tempat yang ada salji time spring. Here I am at Tateyama Kurobe Alpine Route. Ok El just nak bagitahu yang gambar kat TKAR ni, semua gambar El ambil. Hahaha. Yelah dah berapa post Uncle Google punya gambar je.
So apa yang best kat TKAR ni? Of course lah sebab lawa. Hahaha. So memang akan ambil banyak gambar kat sana. Tak habis-habis ambil gambar je, well mestilah kena ambil gambar sebab tak tahu bila lagi dapat pergi. Selain tu, kat TKAR ni banyak ride yang boleh naik. I means dari satu station ke station lain, ada beberapa jenis kenderaan yang kita kena naik like cable car, trolley bus, ropeway etc. Memang macam-macam experiencelah. Dekat sini juga, salah satu keunikan dia (El rasa certain tempat pun ada) dia ada sediakan cop where we use that cop untuk chop dekat brochure TKAR tu. Dekat brochure tu ada tempat kosong and kita akan chop tempat kosong tu ikut station yang kita dah pergi. Macam kakak El, dia cop dalam diari dia but me, of course kat brochure dia. Hahaha.


Ok this is how the brochure looks. Dekat benda macam ni, diorang encourage people untuk pergi semua station and get the cop and made this very unique. Eventhough ada yang cakap, hek eleh ambil cop tu je, unik kepebendanya? Not sorry to say this but it was unique for me. 
Dekat TKAR, El banyak spend masa dekat Murodo. Memang spend about 1-2 jam kat situ. Why  lama sangat? Sebab tu estimate masa bagi 8-9 hours to spend there. Dekat sana, sempatlah juga El dengan kakak El buat snowman. Nama pun jakun tak pernah jumpa salji. Hahaha.
After spend masa kat sana, kami terus ke Kurobe Dam. Ikutkan ada lagi station lain cuma El dengan kakak El dah start letih so bila kat station yang ada observation deck, memang kami tak masuk. Kena panjat tangga kot... Dah letih main-main kat station sebelum ni. Dekat station sebelum Kurobe Dam tu, El cuma just ambil gambar and duduk-duduk kejap. Ambil feel angin sepoi-sepoi. Bila dah sampai Kurobe Dam, barulah kakak El start hyper balik sebab Kurobe Dam macam main attraction dekat TKAR ni but not for me. Dekat Kurobe Dam, El duduk dekat tepi jambatan sambil tengok orang lalu lalang. Hahaha. I'm so tired. Letih tak tipu. Time tu rasa macam nak baring je. Tapi bagi yang nak pergi sana, janganlah jadi macam El. Letih sikit dah lemau. Hahaha. El bukan totally letih sampai tak larat nak jalan but El cuma nak chill chill kat situ. Weather dia nice sangat. Mana nak dapat weather macam tu kat Malaysia? Ada matahari tapi dingin. So after El dah sampai station terakhir which is Ogizawa, El terus beli tiket bas ke Shinano Omachi. Kalau nak tahu kat mana nak beli tiket tu, just ask the officer, nanti diorang tunjuk. Well, dah hampir sebulan lebih tinggalkan Jepun, ingat-ingat lupa kedudukan tempat jual tiket bas tu tapi kedai tu betul-betul depan tempat bas untuk ke Shinano Omachi. So bila dah sampai Shinano Omachi, El pick up luggage El dekat Alps Roman-kan. Hari ketiga di Jepun means El akan berpindah dari Toyama ke Tokyo. So kenalah transfer luggage. Tak payah susah nak angkut luggage ke TKAR (El rasa memang tak dibenarkan sebab bila masuk ride dia memang sesak gila), dia dah sediakan luggage transfer service. Nak tahu dekat mana  dan ke mana beg tu dihantar, bolehlah refer di Uncle Google sebab ada beberapa choices. Macam El, El drop dekat Dentetsu Toyama Station and pick up at Alps Roman-kan and harga satu luggar dalam 1300 yen - 2200 yen. Harga dia El tak sure sebab kakak El yang bayar. After pick up luggage, El dengan kakak El terus naik Shinkansen ke Tokyo and dari situ naik train ke Kodemmacho (in Tokyo), tempat tinggal El.

A few things yang El nak bagitahu:
1. Silalah pakai sunblock dan sunglasses. Matahari memang atas kepala jadi faham-fahamlah and sunglasses pun kena pakai sebab bila cahaya matahari kena warna putih (salji), bayangkan betapa silau jadinya.
2. There are a few choices tempat untuk luggage transfer. So sila rujuk dekat Uncle Google. Luggage transfer yang El punya, buat dekat train station tu. So dont worry nak cari kat mana tempat tu. Train station tu tak besar pun. Sebelum naik train tu, ada officer yang bertugas kat situ untuk luggage transfer service.
3. There are a few choice trip di TKAR ni. Trip yang El ambil ni, full traverse, one way. So perjalanan dia dari Dentetsu Toyama - Shinano Omachi. Choices yang lain adalah round trip; Tateyama Station-Kurobe Dam or Ogizawa-Murodo. Ini based on dari mana kita nak naik. Bagi El, baik buat El. Stay dekat Toyama a few days lepastu, last day dekat Toyama, pergi TKAR. Lepas tu baru pergi Tokyo.
4. Tiket ke TKAR ni, El beli dekat Japan Rail Office dekat Narita Airport. Harga tiket dia El tak berapa ingat tapi kalau tak salah El, harga kat situ murah beberapa ratus yen. Ikutkan kakak El nak beli dekat MATTA Fair tapi travel agency yang kakak El tanya tu cakap yang TKAR ticket takde offer and kalau nak beli pun kena pergi office diorang sebab diorang tak jual kat MATTA Fair. 
5. El suggestkan bawa jugalah sweater ke baju sejuk ke sebab ada satu terowong tu, sangat sejuk. El tak tahu mana datangnya hawa sejuk tapi memang sejuk gila kat situ. Tak salah El, terowong tu untuk ke Kurobe Dam. Kat situ, kalau ada yang boleh tahan, tahanlah tapi bagi El, El perlukan sweater. 
6. Bila nak main salji, pakailah sarung tangan sebab bendalah tu still ais. Dia bukannya batu yang keras je. Masa El nak buat snowman, El memang kena pakai sarung tangan sebab ais kan. Tapipun El hampir kena finger freeze sebab El terjatuh sebab licin (oh ya, careful. Kat sana licin sikit).
7. Macam El cakap dekat no 5, but still dont need to wear from the beginning except dekat Toyama lah. Toyama memang sejuk so kena pakailah, I means bila dah start TKAR tu, pakai jelah baju biasa sebab tak sejuk sangat. Bila tang yang sejuk tu, sarung balik sweater.
8. TKAR ni ada masa-masa tertentu je dia buka. Bukannya the whole year dia buka. So nak tahu bila dia buka, tengok kat official web TKAR.

Comments

Popular posts from this blog

Japan Day 4 (Nara Park)

Japan Day 2 (Shirakawago Village)