Japan Day 4 (Nara Park)


Hi... Assalamualaikum... dah lama El tak update blog ni. Kadang-kadang El ada mood nak update, kadang-kadang tidak. Biasalah... Hahahaha. Ok harini El nak update tentang Nara Park. El rasa bila orang cakap Nara Park, dah tahu dah apa yang ada kat sana. Mestilah rusa liar yang menjadi keunikan kat situ. Kat situ memang banyak rusa. Ok let me tell you my perjalanan dari Tokyo ke Nara Park.
Everyday kami akan bangun pukul 4 pagi which is subuh kat Tokyo around 4 pagi. So kami akan bangun 4 pagi and get ready. Sarapan dulu pastu mandi, solat and siap-siap. Dalam pukul 4.45 pagi, El keluar rumah. Perjalanan dari rumah El ke Kodemmacho Station (Kodemmacho in Tokyo) dalam 15 minit (jalan kaki). Dont worry kalau rasa jauh sebab bila jalan pagi-pagi memang sejuk. Kadang-kadang dapat keluarkan asap dari mulut. El paling excited kalau dapat buat macam tu. So nak pergi Nara Park tu memang naik banyak train; I means different trains. Ada tiga jenis train; shinkansen, JR train and Tokyo Metro train. Kalau nak senang boleh search dengan Hyperdia. Memang sangat senang kalau guna Hyperdia. Tapi kalau guna Hyperdia tu, make sure ikut waktu dia sebab masa kat Hyperdia tu sama dengan masa train sampai. Perjalanan nak ke Nara Park ni ambil masa sekurang-kurangnya 4 jam 15 minit. So memang makan banyak masa dalam train jelah. So kalau El cerita meleret-leret kat sini, tak guna juga sebab just guna Hyperdia tu, perjalanan kita jadi smooth je.
So bila dah sampai Nara Station, nak pergi Nara Park kena naik bas. El tak ingat bas apa tapi bolehlah tanya dekat orang Jepun sana nanti. Bila naik bas, Pasmo tu (memandangkan El pakai ni) El guna untuk bayar tambang bas. Ala-ala RapidKL lah. So nanti dekat skrin dalam bas tu, pandai-pandailah nak turun kat mana. Tengoklah kat mana tempat ramai orang turun or tempat yang nampak banyak rusa liar tu. Kat Nara Park tu, tak sesat punya. Insyaallah. Pusing-pusing situ je. Kalau sesat, tanya je dekat sesiapa and make sure ingat landmark masa turun dari bas tu.
Bila dah sampai Nara Park, kat situlah kita boleh jumpa rusa liar. Ini bukan yang jinak-jinak. El rasa tak payah bagitahu pun takpe, semua dah tahu pasal fakta ni. Hahahaha. Bila sampai sana, El nampak orang kena kejar dengar rusa. So El wonder, apahal perempuan tu kena kejar? Rupa-rupanya perempuan tu ada makanan. That's why rusa tu kejar. Rusa ni pandai tau. Kalau kita takde makanan, dia buat tak peduli je. Memang geram jugalah. Diva betul. So El dengan kakak El pergilah beli biskut rusa yang memang ada stall jual biskut tu. Stall tu merata tapi biskut dia sama je. So El pun belilah. Satu untuk El and satu untuk kakak El. Bila beli tu, rusa dah start nak serang kakak El sebab kakak El dedahkan makanan tu tapi El terus masuk poket so rusa tu tak nampaklah. So bila bab bagi rusa makan ni lah macam-macam jadi. Baju kakak El kena gigit dengan rusa lah. El dengan kakak El kena kejar dengan rusa lah. Macam-macam. Bila dah puas main and ambil gambar dengan rusa, El dengan kakak El pun saja-sajalah jalan-jalan around Nara Park tu. Kakak El nak pergi somewhere around Nara Park tu tapi El tak ingat nama tempat tu. Before that, kami sempat beli macha ice cream. Umghhh bila teringat balik. Sedap... So jalan punya jalan, adalah dalam 15-20 minit, sampailah dekat tempat tu. Bila sampai kat tempat tu, kakak El terus cari kedai yang dia nak pergi tu. Nasib baiklah kedai tu senang je nak jumpa. Rupa-rupanya kakak El nak beli mochi kat situ. Kawan dia cakap mochi kat situ sedap. Itu yang dia nak rasa tu. Mochi dia besar 3 jari dan inti kacang merah. Bagi El mochi biasa je. Takde special sangat mana pun. Tapi kan, orang Jepun ni tak kedekut inti tau. El makan mochi tu inti dia penuh, makan Taiyaki (kuih berbentuk ikan) pun penuh. So bila dah puas main rusa, makan ice cream, makan mochi, kami pun balik ke Nara Station. Dekat Nara Park ni boleh spend 4-5 jam. Tengok oranglah. Kat Nara Park ni jangan pakai tebal-tebal (spring season) sebab tak sejuk pun. Kemungkinan untuk berpeluh tu ada sebab El berpeluh jugalah. Bila dah settle kat Nara Park, El dengan kakak El ke Shibuya pula. Dari Nara Station ke Shibuya Station minimum 3 jam 30 minit. So macam El cakap tadi masa banyak habis dalam train tapi takpelah. Boleh rest rest. Dekat Shibuya, El bukannya pergi shopping ke apa. El straight to kedai sushi. Genki Sushi nama dia. Kat Genki Sushi tu, agak ramai juga orang. Memandangkan lunch cuma makan ice cream dengan mochi, so kena bersabarlah beratur tunggu giliran tu.

Ni El nak ingatkan beberapa perkara :
1. Petunjuk di Hyperdia. Train warna pink kena guna Pasmo/Suica/Icoca/etc. Train warna hijau dan shinkansen guna JR Pass.
2. El suggestkan kalau nak bagi rusa tu makan, pergi beli makanan yang diorang jual. Janganlah bagi makanan lain.
3. Bagi yang tertanya sama ada macha ice cream dan mochi tu halal ke tidak, masa El nak beli, El tunjuk Muslim Card; kad tu mention ingredients apa yang kita tak boleh makan. So bila diorang cakap ok, kami beli. Diorang ni jujur, insyaallah. Kalau waswas lagi, silalah bawa Muslim Card sendiri and tanya penjual.
4. Bila makan kat Genki Sushi tu, tak semuanya halal. First, tang kicap dia. Minta waitress dia kicap Halal. Second, tempura dia boleh makan tapi minta no sauce sebab dia akan letak soy sauce dekat tempura tu. Kakak El waswas jadi dia minta no soysauce dekat tempura. Sushi yang ada telur goreng, telur ikan, mayonis tu elakkan atau senang cakap NO. Yang raw tu insyaallah ok.

Comments

Popular posts from this blog

Japan Day 1 (Toyama)

Japan Day 3 (Tateyama Kurobe Alpine Route)